Friday, December 9, 2011

Kronologi Sirah Hijrah Rasulullah SAW


Oleh: Abu Syakir
HIJRAH merupakan antara peristiwa yang paling penting dalam sejarah perjalanan din Islam dan tetap menjadi pelajaran dan pengajaran sepanjang zaman. Sirah ini menjadi titik perubahan fasa dakwah dan asas kepada kewujudan empayar yang mencakupi keluasan 2/3 bumi dan memerintah selama lebih dari 1300 tahun. Sistem pemerintahan berdasarkan wahyu yang dibina oleh Rasululaah ini musnah dalam lipatan sejarah pada tanggal 24 Mac 1924 dengan kejatuhaan empayar Turki Uthmaniah.
Untuk menjadi panduan serta rujukan kita semua, berikut adalah kronologi ringkas mengenai Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat:

Sebelum Hijrah, 621 Masihi (12 tahun Kerasulan)
Perjanjian Aqabah Pertama:
Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah (12 lelaki dan 1 perempuan). Berlaku ditempat bernama Aqabah. Isi-Isi perjanjian:
  • Tidak menyekutukan Allah
  • Tidak membunuh anak
  • Tidak membuat fitnah atau khianat
  • Tidak mencuri
  • Tidak melakukan zina
  • Tidak menderhaka kepada Rasulullah
Sebelum Hijrah, 622 Masihi (13 tahun Kerasulan)
Perjanjian Aqabah Kedua:
Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah (73 lelaki dan 2 perempuan). Isi-Isi perjanjian:
  • Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka
  • Berjanji menjaga dan mempertahankan keselamatan Rasulullah
  • Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam
  • Sanggup bekerjasama, membantu Rasulullah dan orang Islam
Sehari sebelum Hijrah, (13 tahun Kerasulan)
Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke  Madinah. Mengambil keputusan membunuh  Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah
Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung  rumah Rasulullah, bersedia menyerbu dan membunuh baginda. Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah. Saiyidina Ali tidur di tempat baginda. Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari  Mekah ke gua Thur.
Setelah 3 hari 2 malam di Gua Thur
Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah. Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba' (masjid pertama dalam Islam).

12 Rabiul Awal, tahun (13 kerasulan) / 2 JULAI 622 MASIHI
Rasulullah, Abu Bakar  dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran

Rasulullah SAW sebelum berhijrah telah mengadakan persediaan dengan mengadakan beberapa perjanjian-perjanjian serta menghantar Musaab bin Umair sebagai duta yang pertama sekaligus juru dakwah Islam di Madinah.
Penghijrahan Rasulullah bukanlah disebabkan tekanan dan penyeksaan yang berlaku kepada umat Islam di Mekah melainkan atas dasar perintah Allah (wahyu) dan keberlangsungan dakwah Islam itu sendiri.
Sesungguhnya Hijrah jelas-jelas merupakan perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam. Hakikat hijrah ini diambil dari fakta Hijrah Nabi itu sendiri dari Mekah (pada waktu itu merupakan Darul Kufur) ke Madinah (Darul Islam).
Rasulullah telah berpindah dari satu negeri yang menerapkan Sistem Jahiliah ke satu negeri yang baginda menerapkan Sistem Islam di dalamnya. Hijrah semacam inilah yang seharusnya dilakukan kembali oleh kaum Muslimin saat ini, sesuai dengan hakikat hijrah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat pada masa lalu.
Ini tidak lain wajib dilakukan dengan cara mengubah negeri-negeri kaum Muslimin saat ini yang memerintah berdasarkan Sistem Demokrasi dengan undang-undang ciptaan manusia, kepada Daulah Khilafah Islamiah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

No comments:

Post a Comment