Sunday, August 7, 2011

FIQH Ramadhan





Berikut adalah beberapa salah faham yang membelenggu umat Islam hari ini:
1. Mengkhususkan Ziarah Kubur Menjelang Syawal
Rasulullah SAW bersabda: “ziarahilah kubur, kerana itu dapat mengingatkan kepada kalian akhirat”.  Hukum asal menziarahi kubur tidak ada ketetapan waktu. Setiap muslim boleh menziarah kubur pada bila-bila masa, pada malam hari, siang hari, hari raya, dan lain-lain. Namun, jika ziarah hanya dikhususkan pada hari raya kerana mempercayai bahwa ziarah pada hari raya lebih utama atau sebagainya adalah diharamkan. Tetapi jika pengkhususan itu adalah disebabkan waktu lapang, maka hukumnya harus (mubah).
2. Menetapkan Awal Ramadhan dan Syawal dengan Hisab
Rasulullah SAW bersabda,
 “Sesungguhnya kami adalah umat yang buta huruf. Kami tidak memakai kitabah (tulis-menulis) dan tidak pula memakai hisab (dalam penetapan bulan). Bulan itu seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 29) dan seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 30).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Bazizah mengatakan, “Madzhab ini (yang menetapkan awal ramadhan dengan hisab) adalah madzhab bathil dan syari’at telah melarang mendalami ilmu nujum (hisab) karena ilmu ini hanya sekadar persangkaan (dzon) dan bukanlah ilmu yang pasti (qoth’i) atau persangkaan kuat. Maka seandainya suatu perkara (misalnya penentuan awal ramadhan, pen) hanya dikaitkan dengan ilmu hisab ini maka agama ini akan menjadi sempit kerana tidak ada yang menguasai ilmu hisab kecuali sedikit sekali.” (Fathul Baari, 6/156)
3. Pensyariatan Waktu Imsak (Berhenti makan 10 - 15 minit sebelum waktu subuh)
Rasulullah SAW bersabda,
كُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ يَهِيدَنَّكُمُ السَّاطِعُ الْمُصْعِدُ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَعْتَرِضَ لَكُمُ الأَحْمَرُ
“Makan dan minumlah. Janganlah kalian menjadi takut oleh pancaran sinar (putih) yang menjulang. Makan dan minumlah sehingga tampak bagi kalian warna merah yang melintang.” (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah)
Maka waktu imsak adalah sejak terbit fajar shodiq iaitu ketika azan subuh dikumandangkan dan bukanlah 10 minit sebelum azan subuh. Inilah yang sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

No comments:

Post a Comment