Oleh: Abu Syakir
HIJRAH merupakan antara peristiwa yang paling penting dalam sejarah
perjalanan din Islam dan tetap menjadi pelajaran dan pengajaran sepanjang
zaman. Sirah ini menjadi titik perubahan fasa dakwah dan asas kepada kewujudan
empayar yang mencakupi keluasan 2/3 bumi dan memerintah selama lebih dari 1300
tahun. Sistem pemerintahan berdasarkan wahyu yang dibina oleh Rasululaah ini
musnah dalam lipatan sejarah pada tanggal 24 Mac 1924 dengan kejatuhaan empayar
Turki Uthmaniah.
Untuk menjadi panduan serta rujukan kita semua, berikut adalah
kronologi ringkas mengenai Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah dan
para sahabat:
Sebelum Hijrah,
621 Masihi (12 tahun Kerasulan)
Perjanjian Aqabah Pertama:
Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah (12 lelaki dan 1
perempuan). Berlaku ditempat bernama Aqabah. Isi-Isi perjanjian:
- Tidak menyekutukan Allah
- Tidak membunuh anak
- Tidak membuat fitnah atau khianat
- Tidak mencuri
- Tidak melakukan zina
- Tidak menderhaka kepada Rasulullah
Sebelum Hijrah,
622 Masihi (13 tahun Kerasulan)
Perjanjian Aqabah Kedua:
Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah (73 lelaki dan 2
perempuan). Isi-Isi perjanjian:
- Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka
- Berjanji menjaga dan mempertahankan keselamatan Rasulullah
- Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam
- Sanggup bekerjasama, membantu Rasulullah dan orang Islam
Sehari sebelum
Hijrah, (13 tahun Kerasulan)
Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke Madinah. Mengambil keputusan membunuh Rasulullah ketika sedang tidur
Malam Hijrah
Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung rumah Rasulullah, bersedia menyerbu dan
membunuh baginda. Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan
memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah. Saiyidina Ali tidur di tempat
baginda. Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari Mekah ke gua Thur.
Setelah 3 hari 2
malam di Gua Thur
Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah.
Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba' (masjid pertama dalam
Islam).
12 Rabiul Awal,
tahun (13 kerasulan) / 2 JULAI 622 MASIHI
Rasulullah, Abu Bakar dan
rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan
dan kesyukuran
Rasulullah SAW sebelum berhijrah telah
mengadakan persediaan dengan mengadakan beberapa perjanjian-perjanjian serta
menghantar Musaab bin Umair sebagai duta yang pertama sekaligus juru dakwah
Islam di Madinah.
Penghijrahan Rasulullah bukanlah disebabkan
tekanan dan penyeksaan yang berlaku kepada umat Islam di Mekah melainkan atas
dasar perintah Allah (wahyu) dan keberlangsungan dakwah Islam itu sendiri.
Sesungguhnya Hijrah jelas-jelas merupakan
perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam.
Hakikat hijrah ini diambil dari fakta Hijrah Nabi itu sendiri dari Mekah (pada
waktu itu merupakan Darul Kufur) ke Madinah (Darul Islam).
Rasulullah telah berpindah dari satu negeri yang
menerapkan Sistem Jahiliah ke satu
negeri yang baginda menerapkan Sistem Islam di dalamnya. Hijrah semacam
inilah yang seharusnya dilakukan kembali oleh kaum Muslimin saat ini, sesuai
dengan hakikat hijrah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat
pada masa lalu.
Ini tidak lain wajib dilakukan dengan cara
mengubah negeri-negeri kaum Muslimin saat ini yang memerintah berdasarkan
Sistem Demokrasi dengan undang-undang ciptaan manusia, kepada Daulah Khilafah
Islamiah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.
No comments:
Post a Comment